Page 22 - penyiaran islam hehe
P. 22
KESAN-KESAN TERCETUSNYA RUSUHAN ETNIK:
Seperti yang telah dicatatkan dalam sejarah Malaysia Tunku Abdul
Rahman ,Tun V.T Sambanthan dan ahli politik kaum yang lain mendapatkan
kebebasan Negara dengan membuktikan kepada kerajaan British yang
rakyat di Tanah Melayu mampu bersatu padu di bawah satu pentadbiran
maka atas sebab inilah kita diberi kemerdekaan dan atas sebab itu
jugalah Negara kita dipandang tinggi kerana mampu bergerak walaupun
rakyatnya terdiri daripada banyak kaum.Jikalau rusuhan kaum berlaku
lagi, ini akan mencemarkan nama baik Negara dimana ia akan jelas
menunjukkan Negara gagal dalam menyatupadukan penduduknya malah
keadaan menjadi semakin teruk. Ini akan menconteng arang terhadap imej
dan integriti Negara sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan
mengamalkan prinsip demokrasi.
Ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun
perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi
tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan
serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan Negara mengalami kerugian atau
defisit dimana perbelanjaan melebihi pendapatan. Antara sebabnya,
apabila berlaku rusuhan kaum , kerajaan terpaksa membelanjakan banyak
duit untuk mengamankan Negara dan pada masa yang sama pendapatan
Negara akan berkurang disebabkan ekonomi terbantut.