Page 23 - penyiaran islam hehe
P. 23
Selain daripada itu, pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan
mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan pelabur luar
negara ingin melabur di Malaysia juga akan membatalkan hasrat mereka.
Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk dimana apabila berlakunya
ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan meninggalkan Negara Malaysia
untuk mencari tempat yang lebih selamat dan ini akan mengakibatkan duit
ringgit Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia.
Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya
salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana
wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan
kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun
turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka
masa yang masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu tidak
diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh
masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa
tidak puas hati. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi
teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum
seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969,dan ini akan membawa keancaman
kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup aman
lagi.