Page 32 - penyiaran islam hehe
P. 32
Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan
kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk
menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan
kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970,
didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua
keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah
garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun
1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah
itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai
matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai
perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan
pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik.
Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada
golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti
program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan
buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak
serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir
pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan
telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam
telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara
pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada
tahun 1970.Bagi memastikan matlamat yang kedua
dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba
memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang
sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-
fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan
antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa
program seperti perindustrian dan perdagangan,
pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan
dan pertanian.