Page 35 - penyiaran islam hehe
P. 35
KESAN DARI ISU PERKAUMAN DALAM
KESAN DARI ISU PERKAUMAN DALAM
KESAN DARI ISU PERKAUMAN DALAM
POLITIK:
POLITIK:
POLITIK:
Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat
bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-
kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan
membecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka
masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang
panjang. Kesan dalam jangka masa yang masa yang pendek, contohnya
sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan
perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan
pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati. Dalam jangka
panjang pula, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan
mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku
pada 13 Mei 1969,dan ini akan membawa keancaman kepada struktur
sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi.
Ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia
ataupun perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan menyebabkan
aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin
berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan Negara
mengalami kerugian atau defisit dimana perbelanjaan melebihi
pendapatan. Antara sebabnya, apabila berlaku rusuhan kaum,
kerajaan terpaksa membelanjakan banyak duit untuk mengamankan
Negara dan pada masa yang sama pendapatan Negara akan berkurang
disebabkan ekonomi terbantut. Selain daripada itu, pelabur-pelabur
juga akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana risau
mengalami kerugian dan pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia
juga akan membatalkan hasrat mereka. Mata wang Malaysia juga
akan jatuh teruk dimana apabila berlakunya ketidaktenteraman di
Malaysia, ramai akan meninggalkan Negara Malaysia untuk mencari
tempat yang lebih selamat dan ini akan mengakibatkan duit ringgit
Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia.