Page 39 - penyiaran islam hehe
P. 39

RUMUSAN:
                                                                             RUMUSAN:
                                                                             RUMU
                                                                                                           SAN:





                              Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada



                   kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni yang terjalin



                            sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan



              pembangunan Negara. Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan



                     antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan dan juga



                    daya tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara kita.



                         Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati



                        antara pelbagai etnik dalam sesebuah negara bukanlah suatu



                        perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita menangani isu ini




                  secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa



                                          menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.



                      Hubungan kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan



                      kestabilan negara. Bagi mencapai kemajuan, negara memerlukan



                     rakyat yang dedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan



                                                                   tanggungjawab masing-masing.



                   Justeru, masyarakat perlu saling memahami dan menghayati lapan



                             nilai iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati,



                penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.Malaysia



                  pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan



                      menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar.



                        Dengan itu, negara kita amat memerlukan kesatuan dari semua



                    golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.Sebarang



                   kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum yang



                             diterjemahkan secara berlebihan hanya akan mewujudkan




                 ketidakstabilan dan persengketaan dan akhirnya merugikan negara


                    kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha yang telah diusahakan




                                                                  oleh pemimpin-pemimpin dahulu.
   34   35   36   37   38   39   40