Page 38 - penyiaran islam hehe
P. 38

Jika kita kurang teliti dan jika kita tidak berhati-hati,



                                           berkemungkinan warga kita akan berpecah-belah dan



                               mewujudkan fahaman agama yang ekstrim.Peribahasa melentur


                               buluh biarlah dari rebungnya. Orang pertama yang paling awal



                                     mendekati anak-anak adalah ibu bapa. Oleh itu fikiran dan



                                   kelakuan anak-anak akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka.



                                Contohnya anak-anak mereka akan didedahkan tentang isu-isu



                                       kaum sejak kecil lagi. Disebabkan kebanyakkan ibubapa di



                               Malaysia masih mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu-



                                 isu kaum seperti peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969



                               iaitu rusuhan yang berlaku dan kemucak masalah perpaduan di



                                    Malaysia, maka mereka akan memberi fakta yang terpesong


                                 yang akan mempengaruhi anak-anak terhadap bangsa-bangsa



                                                                                    yang lain di Malaysia.



                                     Hal ini menyebabkan perpaduan dan persepakatan antara



                                  kaum dan bangsa sukar dicapai.Setiap warga Malaysia wajar



                                        melihat dan mentafsir program dan polisi nasional yang



                                          dilaksanakan secara rasional, objektif, bijaksana dan



                                          bertanggungjawab. Berfikirlah sebagai seorang warga


                               Malaysia sejati, berpegang kepada prinsip menjunjung langit di



                                     tempat bumi dipijak. Program pendidikan sebagai contohnya



                                   yang diperkenalkan adalah pelaburan untuk menjamin masa



                                   hadapan warga muda dan warga muka dan tidak harus sama



                                   sekali dipolitikkan, program pendidikan dan polisi perpaduan



                                           kaum yang dipolitikkan adalah perbuatan paling tidak



                                        bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa



                                         hadapan anak-anak dan memporak-perandakan Negara
   33   34   35   36   37   38   39   40