Page 2 - Amali Bio 1
P. 2

Tajuk          : Ekosistem Tanah- Biota tanah, rantai dan siratan makanan



               Tujuan         : Mengkaji biota tanah, rantai dan siratan makanan yang terdapat di

                                         dalamnya


               Pengenalan


               Konsep Ekosistem

               Organisma hidup dan persekitarannya (abiosis) berkait dan berinteraksi antara satu sama lain.
               Setiap unit dalam sistem kawasan saling bertindak bersama dengan persekitaran fizikal supaya

               aliran  tenaga  dapat  mempengaruhi  pembentukan  struktur  tertentu,  kepelbagaian  biosis  dan
               kitaran bahan dalam sesuatu sistem ekologi atau ekosistem.


               Dari sudut pandangan trofik, ekosistem mempunyai dua komponen iaitu autotrofik dan heterotrof.
               Autotrofik merupakan oranisma yang mengikat tenaga cahaya dan menggunakan bahan tidak
               organik yang ringkas untuk menghasilkan bahan yang lebih kompleks.  Komponen heterotrof pula

               melibatkan penggunaan, pengaturan semula dan penguraian bahan kompleks.

               Tanah

               Tanah ialah lapisan permukaan yang terbentuk dari bahan-bahan batuan induk atau batuan asas

               yang  telah  mengalami  proses-proses  luluhawa  atau  pereputan  bahan-bahan  organik.
               Sebahagian besar daripada tanah merupakan bahan-bahan asas yang didapati dari batuan induk
               yang telah mengalami perubahan oleh proses-proses fizikal, kimia dan biologikal dalam jangka

               masa yang panjang.

               Kandungan tanah terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bahan-bahan pepejal, larutan tanah
               dan  udara.    Bahan-bahan  pejal  tanah  terbentuk  daripada  bahan  organik  dan  bahan  bukan

               organik.  Bahan organik terdiri daripada tumbuhan dan hidupan yang telah reput dan humus
               manakala  bahan  bukan  organik  pula  terdiri  daripada  pelbagai  jenis  batuan  yang  mengalami

               pecahan dan penguraian seperti tanah liat, kelodak, pasir, kelikir dan serpihan batuan.

               Kandungan tanah yang kedua iaitu larutan tanah merangkumi asid tanah, air dan larutan mineral
               yang kompleks.  Kandungan terakhir iaitu udara didapati daripada sekelilingnya seperti nitrogen,





                                                              1
   1   2   3   4   5   6   7