Page 3 - Amali Bio 1
P. 3

oksigen dan karbon dioksida.  Proses-proses kimia yang berlaku dalam lapisan tanah itu sendiri
               menghasilkan berbagai jenis larutan kimia, gas dan asid.


               Makrofauna dan Mikrofauna dalam ekosistem tanah

               Dalam ekosistem tanah, makrofauna merupakan organisma yang panjangnya 1 cm tetapi lebih
               kecil berbanding cacing tanah.  Kumbang larva, siput, kumbang, lelabah dan cacing merupakan

               antara  makrofauna  yang  boleh  dijumpai  dalam  ekosistem  tersebut.    Makrofauna  memainkan
               peranan penting dalam proses pereputan bahan-bahan organik yang telah mati (tumbuhan dan

               haiwan)  untuk  meningkatkan  kadar  mineralisasi,  penguraian  dan  pengambilan  nutrien  oleh
               tumbuhan yang baru.

               Mikrofauna pula merupakan haiwan mikroskopik yang mewakili kingdom nematod, anthropod dan

               protista  (protozoa).    Mikrofauna  tanah  berperanan  sebagai  pengurai  dan  menjadi  sumber
               makanan bagi organisma yang lebih besar.  Peranan mikrofauna juga dapat dilihat pada kitaran
               nutrien di dalam tanah.  Mikrofauna tanah berkebolehan dalam menguraikan sebarang bahan

               organik dan sebahagian bahan tak organik.  Dalam rantaian makanan, organisma ini menjadi
               pengeluar utama kepada pengguna lain dalam rantaian makanan.




                                                                   2
               Senarai bahan         : Tanah Kawasan Tasik (50cm ), Tanah Taman Herba unit
                                                         2
                                                     kokurikulum (50cm )



               Senarai alat radas  : Beg plastik, penyodok, 2 mentol, 2 kaki retort, 2 bikar, botol plastik


                                                    (1.5L), kasa dawai



               Kaedah eksperimen


                   1.  Setiap kumpulan bergerak ke lokasi yang telah ditetapkan iaitu kawasan tasik dan Taman
                       Herba unit kokurikulum untuk mengambil sampel tanah berisipadu 50cm2.
                   2.  Pilih sampel tanah yang berdekatan dengan kawasan pokok

                   3.  Letakkan sampel tanah ke dalam beg plastik yang berlabel A dan B kemudian tutupkan.
                   4.  Setelah balik ke makmal, letakkan kedua-dua sampel tanah yang berbeza ke dalam botol
                       plastik yang telah dipotong dan tutupkan bahagian hujung botol plastik dengan kasa dawai



                                                              2
   1   2   3   4   5   6   7   8