Page 13 - AKTA MAKANAN 63
P. 13

1/16/2020                                              LawNet Malaysia




                                                     AKTA 281


                                          Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
                                    BAHAGIAN II - PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN



             Seksyen 7. Perakuan juruanalisis

             (1) Perakuan juruanalisis hendaklah mengikut borang yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan.

             (2) Jika apa-apa kaedah analisis telah ditetapkan melalui peraturan-peraturan bagi menganalisis apa-apa makanan
             maka  juruanalisis  hendaklah  mengikuti  kaedah  yang  ditetapkan  dan  dalam  perakuan  analisisnya  hendaklah
             menyatakan bahawa dia telah mengikut kaedah yang ditetapkan itu.

             (3) Satu salinan keputusan apa-apa analisis bagi apa-apa makanan yang diambil oleh seorang pegawai diberi kuasa
             boleh  didapati  daripada  juruanalisis  oleh  orang  yang  daripadanya  makanan  yang  dianalisis  itu  telah  dibeli  atau
             didapati apabila dibayar apa-apa fi yang ditetapkan.

             (4)  Tiada  apa-apa  salinan  keputusan  bagi  apa-apa  analisis  yang  dibuat  di  bawah  Akta  ini  atau  apa-apa  cetak
             ulangannya boleh diperagakan atau digunakan sebagai suatu iklan dan jika mana-mana orang yang memperagakan
             atau mengguna salinan atau cetak ulangan itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
             dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya.


























































      https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=338223                    1/2
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18