Page 13 - AKTA MAKANAN 83
P. 13
1/16/2020 LawNet Malaysia
AKTA 281
Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
BAHAGIAN II - PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN
Seksyen 7. Perakuan juruanalisis
(1) Perakuan juruanalisis hendaklah mengikut borang yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan.
(2) Jika apa-apa kaedah analisis telah ditetapkan melalui peraturan-peraturan bagi menganalisis apa-apa makanan
maka juruanalisis hendaklah mengikuti kaedah yang ditetapkan dan dalam perakuan analisisnya hendaklah
menyatakan bahawa dia telah mengikut kaedah yang ditetapkan itu.
(3) Satu salinan keputusan apa-apa analisis bagi apa-apa makanan yang diambil oleh seorang pegawai diberi kuasa
boleh didapati daripada juruanalisis oleh orang yang daripadanya makanan yang dianalisis itu telah dibeli atau
didapati apabila dibayar apa-apa fi yang ditetapkan.
(4) Tiada apa-apa salinan keputusan bagi apa-apa analisis yang dibuat di bawah Akta ini atau apa-apa cetak
ulangannya boleh diperagakan atau digunakan sebagai suatu iklan dan jika mana-mana orang yang memperagakan
atau mengguna salinan atau cetak ulangan itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya.
https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=338223 1/2