Page 14 - AKTA MAKANAN 83
P. 14

1/16/2020                                              LawNet Malaysia




                                                     AKTA 281


                                          Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
                                    BAHAGIAN II - PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN



             Seksyen 8. Kuasa meminta maklumat

             (1)  Jika  mana-mana  pegawai  diberi  kuasa  berpendapat  bahawa  ada  alasan  yang  munasabah  bagi  mengesyaki
             bahawa mana-mana orang ada memiliki apa-apa makanan atau lain-lain bahan atau apa-apa perkakas bagi maksud
             atau  ada  kaitan  dengan  penyediaan,  pengawetan,  pembungkusan,  penyimpanan,  pengiriman,  pengedaran  atau
             penjualan makanan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di
             bawahnya  maka  dia  boleh  menghendaki  orang  itu  supaya  mengemukakan  untuk  pemeriksaannya  apa-apa  buku,
             dokumen  atau  rekod  lain  atau  apa-apa  maklumat  lain  berhubung  dengan  pengimportan,  penyediaan,  penerimaan,
             pemilikan, pembelian, penjualan atau penyerahan makanan itu atau lain-lain bahan atau apa-apa perkakas.

             [Mas. Akta A1117:s.(1)]


             (2)  Mana-mana  pegawai  diberi  kuasa  yang  disebutkan  dalam  subseksyen  (1)  boleh  membuat  atau  menyebabkan
             dibuat salinan atau cabutan daripada mana-mana buku, dokumen atau rekod itu, atau apa-apa maklumat lain dan
             salinan  atau  cabutan  itu  yang  diperakui  sedemikian  oleh  pegawai  diberi  kuasa  itu  hendaklah,  melainkan  jika
             dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai salinan atau cabutan yang benar dan betul.

             (3) Mana-mana orang yang enggan atau cuai mematuhi kehendak yang dibuat menurut seksyen ini adalah melakukan
             suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda atau
             kedua-duanya.

             (4) Mana-mana pegawai diberi kuasa yang—


                   (a)  tidak  menyimpan  rahsia  mengenai  semua  perkara  yang  sampai  kepada  pengetahuannya  pada
                   melaksanakan kewajipan rasminya di bawah seksyen ini; atau
                   (b)  menyampaikan  mana-mana  perkara  itu  kepada  sesiapa  jua  kecuali  bagi  maksud  menguatkuasakan
                   peruntukan Akta ini,


             melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau
             didenda atau kedua-duanya.
































      https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=339029                    1/2
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19