Page 51 - AKTA MAKANAN 83
P. 51

1/16/2020                                              LawNet Malaysia




                                                     AKTA 281


                                          Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
                                           BAHAGIAN V - PERUNTUKAN PELBAGAI



             Seksyen 33C. Tanggung rugi

             (1) Kerajaan tidak boleh dikehendaki menggantikan apa-apa kerugian yang ditanggung oleh seseorang pemunya atau
             penduduk  atau  orang  yang  bertanggungjawab  bagi  mana-mana  premis  makanan  akibat  daripada  kemasukan,
             penggeledahan  atau  penyitaan  di  bawah  Akta  ini,  melainkan  jika  kerosakan  itu  telah  disebabkan  oleh  pengabaian
             atau kesalahan yang disengajakan oleh seorang pegawai awam.

             (2)  Jika  berlaku  apa-apa  pertikaian  tentang  amaun  pampasan  berkenaan  dengan  apa-apa  kerosakan  yang
             disebabkan sedemikian, maka amaun pampasan itu hendaklah ditentukan dan diputuskan secara terus oleh suatu
             mahkamah Majistret.


             [Mas. Akta A1117:s.33C]






























































      https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=328766                    1/2
   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55