Page 49 - AKTA MAKANAN 83
P. 49

1/16/2020                                              LawNet Malaysia




                                                     AKTA 281


                                          Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
                                           BAHAGIAN V - PERUNTUKAN PELBAGAI



             Seksyen 33A. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

             Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang
             dibuat di bawah Akta ini, maka mana-mana orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, merupakan pengarah,
             pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau seseorang yang berupa
             sebagai  bertindak  atas  mana-mana  sifat  sedemikian,  atau  mengikut  apa-apa  cara  atau  sehingga  apa-apa  takat
             bertanggungjawab  bagi  pengurusan  apa-apa  hal-ehwal  pertubuhan  perbadanan  itu,  atau  membantu  dalam
             pengurusan sedemikian—


                   (a)  boleh  dipertuduh  secara  berasingan  atau  bersesama  dalam  prosiding  yang  sama  dengan  pertubuhan
                   perbadanan itu; dan

                   (b) jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan
                   kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan, dia
                   membuktikan—

                         (i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya; dan
                         (ii)  bahawa  dia  telah  mengambil  segala  langkah  berjaga-jaga  yang  munasabah  dan  menjalankan
                         segala usaha yang sewajarnya untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.

                         [Mas. Akta A1117:s.33A]
















































      https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=330012                    1/2
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54