Page 45 - AKTA MAKANAN 83
P. 45

1/16/2020                                              LawNet Malaysia




                                                     AKTA 281


                                          Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
                                  BAHAGIAN IV - PENGIMPORTAN, WARANTI DAN PEMBELAAN



             Seksyen 32. Penalti kerana waranti palsu

             (1)  Mana-mana  orang  yang  berkenaan  dengan  sesuatu  makanan  yang  dijual  olehnya  sebagai  prinsipal  atau  ejen
             memberikan  kepada  pembeli  suatu  waranti  palsu  secara  bertulis  adalah  melakukan  suatu  kesalahan  dan  apabila
             disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya:

             Dengan syarat bahawa adalah menjadi pembelaan jika dia membuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa
             semasa dia  memberi  waranti  itu  dia  mempunyai  sebab  untuk  mempercayai  bahawa  pernyataan  atau  perihal  yang
             terkandung dalamnya adalah benar.


             (2) Peruntukan subseksyen 19(2) yang bermaksud bahawa tiada apa-apa prosiding boleh dibawa selepas tamatnya
             tempoh satu ratus lima puluh hari dari masa membeli atau mendapatkan apa-apa makanan tidak terpakai berhubung
             dengan waranti palsu.
             [Pin. Akta A1117:s.32(2)]




























































      https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=330208                    1/2
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50