Page 43 - AKTA MAKANAN 83
P. 43

1/16/2020                                              LawNet Malaysia




                                                     AKTA 281


                                          Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
                                  BAHAGIAN IV - PENGIMPORTAN, WARANTI DAN PEMBELAAN



             Seksyen 30. Waranti

             (1) Tiada seorang pun pengilang atau pengedar atau peniaga apa-apa makanan yang ditetapkan oleh Menteri boleh
             menjual makanan sedemikian itu kepada mana-mana penjual melainkan waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain
             diberi yang menyatakan bahawa makanan itu mematuhi peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat
             di bawahnya.

             (2) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
             boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda atau kedua-duanya.





































































      https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=330899                    1/2
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48