Page 38 - AKTA MAKANAN 83
P. 38
1/16/2020 LawNet Malaysia
AKTA 281
Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
BAHAGIAN III - KESALAHAN DAN KETERANGAN
Seksyen 25. Anggapan menjual makanan untuk makanan manusia
(1) Apabila apa-apa makanan dijual atau didedahkan atau ditawar untuk dijual maka makanan itu hendaklah,
melainkan jika
dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai dijual atau didedahkan atau ditawar untuk dijual sebagai makanan manusia.
(2) Pembelian dan penjualan sampel makanan di bawah peruntukan Akta ini bagi maksud analisis hendaklah
disifatkan sebagai pembelian dan penjualan makanan itu sebagai makanan manusia melainkan penjual membuktikan
bahawa sebahagian besar daripada sampel yang telah diambil itu bukannya ditawar, didedahkan atau dimaksud untuk
dijual sebagai makanan manusia.
(3) Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap orang hendaklah disifatkan menjual atau bermaksud hendak menjual apa-apa
makanan jika dia menjual atau bermaksud hendak menjual sebagai makanan manusia apa-apa makanan yang
menjadi suatu juzuk dalam makanan yang sedemikian itu.
https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=330775 1/2