Page 36 - AKTA MAKANAN 83
P. 36
1/16/2020 LawNet Malaysia
AKTA 281
Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
BAHAGIAN III - KESALAHAN DAN KETERANGAN
Seksyen 23A. Notis terlebih dahulu tentang keterangan pakar dalam mahkamah
Dalam apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, tiada keterangan pakar boleh diterima sebagai
keterangan melainkan jika, dalam tempoh yang berakhir sepuluh hari genap sebelum perbicaraan, orang yang
dipertuduh dengan kesalahan itu telah menyampaikan kepada pendakwa suatu notis bertulis bahawa dia bermaksud
untuk mengemukakan keterangan pakar, dan hendaklah menzahirkan dalam notis itu nama pakar dan sifat
keterangan pakar itu; dan hendaklah juga melampirkan sesalinan apa-apa dokumen yang hendak dikemukakan oleh
pakar itu dalam perbicaraan itu.
[Mas. Akta A1117:s.23A]
https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=334894 1/2