Page 31 - AKTA MAKANAN 83
P. 31

1/16/2020                                              LawNet Malaysia




                                                     AKTA 281


                                          Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
                                       BAHAGIAN III - KESALAHAN DAN KETERANGAN



             Seksyen 19. Pendakwaan

             (1)  Jika  seseorang  juruanalisis,  setelah  menganalisis  atau  memeriksa  apa-apa  makanan  yang  Akta  ini  terpakai
             baginya, telah memberi suatu perakuan dan daripada perakuan itu didapati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta
             ini  telah  dilakukan  maka  pegawai  berkuasa  boleh,  tertakluk  kepada  seksyen  377  Kanun  Tatacara  Jenayah  dan
             seksyen 32A, menjalankan prosiding di bawah Akta ini di hadapan mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang
             kuasa di tempat di mana makanan yang dijual itu telah sebenarnya disampaikan kepada pembeli atau sampelnya
             diambil.
             [Pin. Akta A1117:s.19(1)]


             (1A) Perakuan juruanalisis yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada Pengarah atau mana-
             mana pegawai diberi kuasa dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh makanan itu dihantar untuk analisis.
             [Mas. Akta A1117:s.19(1A)]


             (2)  Jika  apa-apa  makanan  telah  dibeli  atau  didapati  daripada  mana-mana  orang  untuk  analisis  atau  pemeriksaan,
             tiada apa-apa prosiding berkenaan dengan penjualan itu atau apa-apa kesalahan terhadap Akta ini boleh dimulakan
             selepas tamat tempoh satu ratus lima puluh hari dari masa makanan itu dibeli atau didapati.
             [Pin. Akta A1117:s.19(2)]




             (3) Dalam apa jua prosiding di bawah Akta ini, kandungan apa-apa bungkusan yang nampaknya kemas dan dalam
             keadaan  asal  bungkusannya  oleh  pengilang  hendaklah,  melainkan  jika  dibuktikan  sebaliknya,  disifatkan  sebagai
             makanan daripada perihal yang dinyatakan pada label itu.









































      https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=326831                    1/2
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36