Page 34 - AKTA MAKANAN 83
P. 34

1/16/2020                                              LawNet Malaysia




                                                     AKTA 281


                                          Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
                                       BAHAGIAN III - KESALAHAN DAN KETERANGAN



             Seksyen 22. Anggapan jualan, dsb.

             Dalam apa jua prosiding di bawah Akta ini—


                   (a)  keterangan  bahawa  bungkusan  yang  mengandungi  apa-apa  makanan  yang  baginya  Akta  ini  terpakai
                   menunjukkan nama, alamat atau tanda berdaftar seseorang pengimport, pengilang atau pembungkus, atau
                   pemunya  hak  pengilang  atau  pembungkus,  atau  seseorang  ejen  mana-mana  daripada  mereka,  hendaklah
                   menjadi keterangan prima facie bahawa makanan itu adalah diimport, dikilangkan atau dibungkus, mengikut
                   mana-mana  yang  berkenaan,  oleh  setiap  seorang  daripada  orang  yang  namanya,  alamatnya  atau  tanda
                   berdaftarnya ditunjukkan pada bungkusan itu;
                   [Gan. Akta A1117:s.22(a)]

                   (b)  apa-apa  bahan  yang  biasanya  digunakan  untuk  makanan  manusia,  yang  dijual  atau  ditawarkan,
                   didedahkan  atau  disimpan  untuk  dijual  hendaklah,  sehingga  dibuktikan  sebaliknya,  dianggap  sebagai  telah
                   dijual atau, mengikut mana yang berkenaan, dimaksudkan untuk dijual sebagai makanan manusia;
                   (c) apa-apa bahan yang biasanya digunakan untuk makanan manusia yang terdapat di premis yang digunakan
                   untuk  menyedia,  menyimpan  atau  menjual  bahan  itu  dan  apa-apa  bahan  yang  biasanya  diguna  dalam
                   mengilang  keluaran  untuk  makanan  manusia  yang  didapati  di  premis  yang  digunakan  untuk  menyedia,
                   menyimpan  atau  menjual  keluaran  itu  hendaklah,  sehingga  dibuktikan  sebaliknya,  dianggap  sebagai
                   dimaksudkan untuk dijual atau untuk mengilang keluaran untuk dijual sebagai makanan manusia; dan
                   (d) apa-apa bahan yang boleh digunakan dalam komposisi atau penyediaan apa-apa bahan yang biasanya
                   diguna untuk makanan manusia yang terdapat di premis di mana bahan itu disediakan hendaklah, sehingga
                   dibuktikan sebaliknya, dianggap sebagai dimaksudkan untuk penggunaan yang sedemikian itu.












































      https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=334272                    1/2
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39