Page 39 - AKTA MAKANAN 83
P. 39
1/16/2020 LawNet Malaysia
AKTA 281
Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
BAHAGIAN III - KESALAHAN DAN KETERANGAN
Seksyen 26. Tidak menzahirkan maklumat
(1) Tiada seorang pun pendakwa atau saksi dalam apa-apa pendakwaan di bawah Akta ini boleh dipaksa
menzahirkan fakta
yang dia menerima apa-apa maklumat atau jenis maklumat yang sedemikian itu atau nama mana-mana orang yang
memberi maklumat sedemikian itu.
(2) Tiada seorang pun pegawai yang hadir sebagai pendakwa atau saksi boleh dipaksa mengemukakan apa-apa
laporan atau dokumen sulit yang dibuat atau diterima olehnya atas sifat rasminya atau membuat apa-apa pernyataan
berhubung dengannya.
https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=329096 1/2