Page 40 - AKTA MAKANAN 83
P. 40
1/16/2020 LawNet Malaysia
AKTA 281
Akta Makanan 1983 [Cetakan Semula 2005]
BAHAGIAN III - KESALAHAN DAN KETERANGAN
Seksyen 27. Proses pengilangan dan rahsia perdagangan
Mana-mana orang yang menzahirkan apa-apa maklumat yang didapati olehnya berkaitan dengan pentadbiran atau
pelaksanaan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya berhubung dengan apa-apa proses
pengilangan atau rahsia perdagangan yang digunakan pada menjalankan apa-apa perdagangan, perindustrian atau
proses tertentu adalah, melainkan jika penzahiran itu dibuat bagi maksud Akta ini atau mana-mana prosiding jenayah
di bawah Akta ini atau dengan persetujuan orang yang menjalani perdagangan, perindustrian atau proses itu,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau
didenda atau kedua-duanya.
https://www.lawnet.com.my/lawlibrary/directsubdocumentdetailsExt/?SubdocumentID=325418 1/2