Page 21 - LAPORAN MAT KE-42 KOP PUO IPOH BHD
P. 21

AKTIVITI SEPANJANG TEMPOH PERAKAUNAN

                     6.1      Jualan Konvokesyen.
                              Sewaktu  hari  konvokesyen,  kedai  koperasi  akan  dibuka  khas  untuk  lepasan  pelajar  dan
                              tetamu  yang  hadir  mendapatkan  cenderamata-cenderamata  untuk  dibawa  pulang.  Dengan
                              secara  tidak  langsung  ia  akan  menjadi  tandamata  kunjungan  ke  Politeknik  Ungku  Omar.
                              Langkah ini juga memberi peluang kepada pihak koperasi untuk menambahkan jualan.

                     6.2      Latihan Amali Pelajar
                              Sepanjang  tempoh  tahun  perakaunan,  pihak  koperasi  PUO  telah  mengambil  dua  orang
                              pelajar Politeknik Ungku Omar untuk menjalani latihan amali. Pelajar yang diambil untuk
                              menjalani latihan amali adalah dari jurusan Diploma Perakaunan dan Diploma Pengurusan
                              Perniagaan.  Pelajar  ini  diberi  latihan  dari  aspek  pengurusan  perniagaan  koperasi,
                              perakaunan,  keahlian,  pengiraan  stok,  cara-cara  mencatatkan  akaun  jualan  harian,
                              penyediaan penyata aliran tunai dan lain-lain yang berkaitan. Pelajar ini diselia sepenuhnya
                              oleh pengurus koperasi dan pekerja tetap.

                     6.3     Mesyuarat Agung Tahunan kali ke - 41
                              Mesyuarat Agung Tahunan kali ke – 41 telah berjaya diadakan pada 22 Februari 2019 dan
                              seramai  858  orang  ahli  hadir  untuk  menjayakan  mesyuarat  ini.  Mesyuarat  kali  ini  telah
                              dirasmikan  oleh  Pengarah  Politeknik  Ungku  Omar  dan  dipengerusikan  oleh  En  Juhaidie
                              Zamani bin Jamaludin Pengerusi PUO Bhd. Turut hadir dalam mesyuarat adalah Timbalan
                              Pengarah Akademik PUO, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, pegawai-pegawai kanan,
                              pensyarah-pensyarah, staf dan pelajar-pelajar Politeknik Ungku Omar yang mana merupakan
                              ahli Koperasi.

                     6.4    Sewaan Jubah
                              Selain  dari  membekalkan  jubah  kepada  para  graduan  Politeknik  Ungku  Omar,  pihak
                              koperasi juga menyewakan jubah kepada kolej-kolej swasta dan politeknik-politeknik lain.

                     6.5      Sumbangan Koperasi
                              6.5.1  Koperasi PUO telah menyumbangkan sebanyak RM7950.00 kepada semua jabatan-
                                     jabatan  yang  memohon  sumbangan  dari  aturan-aturan  tabung  sepanjang  tempoh
                                     kewangan 2018/2019.

                              6.5.2  Koperasi politeknik Ungku Omar telah membayar zakat kepada Majlis Agama Islam
                                     Dan  Adat  Melayu  Perak  sebanyak  RM  12868.54.  Zakat  ni  salah  satu  tujuannya
                                     adalah untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dan disalurkan kepada
                                     pendidikan perak.

                     6.6     Aktiviti-aktiviti lain

                             6.6.1  Pemulangan saham dan dividen kepada pelajar-pelajar semester akhir sesi Disember
                                     2018 telah diadakan pada 1 - 5 April 2018 dan sesi Jun 2019 telah diadakan pada 9 –
                                     11 Oktober 2019. Kedua-dua aktiviti ini di laksanakan di pejabat Koperasi.

                              6.6.2  Koperasi  Politeknik  Ungku  Omar  Berhad  juga  telah  menjadi  pembekal  barang-
                                     barang pendaftaran pelajar-pelajar baru bagi Sesi Disember 2018 dan Jun 2019. Ini
                                     merupakan satu lagi kemajuan yang di capai oleh pihak koperasi dalam menjalankan
                                     perniagaan  serta  membantu  para  ahlinya.  Menjadi  pembekal  barangan  pelajar







               Page | 19
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26