Page 23 - LAPORAN MAT KE-42 KOP PUO IPOH BHD
P. 23

9.0 LAPORAN JURUAUDIT DALAMAN BAGI TEMPOH PERAKAUNAN 1 SEPTEMBER
                   2018 HINGGA 31 OGOS 2019



               1.  Saya  telah  mengaudit  akaun-akaun  bagi  tahun  berakhir  1  September  2018  hingga  31  Ogos  2019.
                   Penyediaan akaun ini adalah di bawah tanggungjawab Bendahari Koperasi Politeknik Ungku Omar Ipoh
                   Berhad. Tanggungjawab saya ialah menyatakan pendapat mengenai akaun-akaun ini berdasarkan audit
                   yang dijalankan.

               2.  Pengauditan yang dilakukan adalah mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan dan diguna pakai di
                   Malaysia  dan  yakin  bahawa  pengauditan  ini  menyediakan  asas  yang  wajar  untuk  kami  memberikan
                   pendapat.

               3.  Pengauditan telah dijalankan mengikut kehendak Seksyen 49, Akta Koperasi 1993, dan mendapati :-

                   a)  Akaun-akaun ini memberikan gambaran yang sebenar dan saksama tentang kedudukan akaun-akaun
                       Koperasi bagi tahun berakhir 31 Ogos 2019.

                   b)  Rekod-rekod dan maklumat perakaunan serta rekod-rekod lain dan daftar-daftar yang dikehendaki
                       disimpan oleh Koperasi dengan sempurna mengikut peruntukan-peruntukan seksyen tersebut.

                   c)  Rekod-rekod keahlian adalah yang terkini dan disimpan dengan sempurna mengikut kehendak-
                       kehendak seksyen tersebut.


               4.  Akaun-akaun Koperasi telah disusun dalam bentuk dan kandungan yang bersesuaian dan teratur. Saya
                   telah menerima maklumat, keterangan dan maklum balas yang memuaskan seperti yang saya perlukan
                   untuk tujuan tersebut.

               5.  Kerjasama telah diberikan dengan baik dari Anggota Lembaga Koperasi Politeknik Ungku Omar Berhad
                   sepanjang kerja-kerja pengauditan ini dijalankan.










               (JAWARIAH BINTI MAMAT)
               JURUAUDIT DALAMAN
               KOPERASI POLITEKNIK UNGKU
               OMAR IPOH BERHAD













               Page | 21
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28