Page 86 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 86
pelbagai kaum, kategori masyarakat dan peringkat umur 1.8.3 Majlis Berbuka Puasa Bersama Setiausaha Politik
berjaya menyemarakkan semangat perpaduan seiring Kanan Kepada YAB Perdana Menteri
dengan konsep Madani negara.
3 April 2024
Bangunan Silat Cekak, Kuala Lumpur
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) merakamkan
penghargaan kepada YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar
Mohd Akin, Setiausaha Politik Kanan Kepada YAB Perdana
Menteri atas kesudian hadir ke Bangunan Silat Cekak,
Sentul, Kuala Lumpur pada 3 April 2024. PSSCM diketuai
oleh En. Safaran Haji Ahmad, Naib Presiden 2 bersama-
sama Jawatankuasa Pusat (JKP) menyambut kehadiran
YBhg. Datuk Seri.
Bangunan Silat Cekak (Ibu Pejabat Pentadbiran PSSCM)
amat sinonim dengan YAB Perdana Menteri, kerana
telah dirasmikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri pada
21 Februari 1985 (ketika itu sebagai Menteri Pertanian).
Majlis bermula jam 6.00 petang dengan taklimat ringkas
perkembangan PSSCM dan seterusnya sesi bertukar
pandangan. YBhg. Datuk Seri turut bersama berkongsi
hasrat Kerajaan Malaysia dalam mengisi Gagasan Malaysia
1.8.2 Jalinan Kerjasama PSSCM Bersama Al Madrasah
Al Imaniah, Yala, Thailand MADANI. Seterusnya diadakan Majlis Berbuka Puasa dan
diakhiri dengan Solat Maghrib berjemaah.
28 Februari 2024
Bangunan Silat Cekak, Kuala Lumpur
PSSCM telah menerima kunjungan hormat daripada
Delegasi Pengurusan Al Madrasah Al Imaniah (Satthpiya
School), Yala, Thailand. Delegasi pihak Madrasah diketuai
oleh YBrs. En. Mohd Kadafee Abdullah Samateh, Pengarah
Madrasah bersama lima (5) orang pengurusan Madrasah.
Delegasi telah disambut sendiri oleh YM Datuk Haji Maideen
bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden PSSCM dan lain-
lain Jawatankuasa Pusat.
Hasrat delegasi adalah untuk memasukkan aktiviti silat
dalam silibus Kokurikulum Madrasah sebagai pengisian
utama pembangunan modal insan pelajar.
PSSCM merakamkan penghargaan kepada Delegasi
Madrasah atas kesudian menjalin hubungan persaudaraan
bersama PSSCM dan memilih Silat Cekak sebagai pengisian
Kokurikulum silibus Madrasah.
52 Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia