Page 90 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 90

4.0 LAPORAN JABATAN KURSUS, KEMAHIRAN &
             UJIAN (JKKU)

          4.1 PENDAHULUAN

          Laporan ini mengandungi aktiviti melibatkan Jabatan Kursus,
          Kemahiran & Ujian (JKKU) bermula 1 Julai 2023 sehingga
          30 Jun 2024. Ianya terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Ujian
          Sijil Rendah (USR), Kursus Sijil Menengah Akademik (SMA),
          Kelas Tunas (kategori kelas awam) dan Kelas Kemahiran
          Lanjutan Menengah Anugerah Guru Utama.

          4.2 UJIAN SIJIL RENDAH (USR Praktikal)

          Bagi sesi 2022/2024, JKKU telah berjaya mengendalikan 32
          USR. Seramai 575 orang Ahli Tamat telah selesai menduduki   Ucapan Ar. Dr. Haji Abdul Majid bin Ismail dalam USR Zon
          Ujian Sijil Rendah bagi sesi ini. Bagi setiap ujian, pemberian         Utara
          markah dibuat secara dalam  talian oleh  Pemberi Markah
          dengan pemantauan JKKU dan Penyelaras Ujian (LPT).

           BIL           ZON                JUMLAH
            1         Zon Tengah               205
            2          Zon Utara               257
            3         Zon Selatan              51
            4          Zon Timur               62
                 JUMLAH PENUH                  575



                                                                      USR di Kelas Latihan Shah Alam
          4.2.1 UJIAN SIJIL RENDAH KELAS LATIHAN SYDNEY

          •   Tarikh : 26 Mei 2024 (Ahad)
          •   Tempat : Malaysia Hall Sydney, Australia
          •   Masa : 12.00 tgh hari - 3.00 ptg (Waktu Malaysia)

          Sejarah tercatat apabila julung kalinya USR Kelas Latihan
          Sydney, Australia telah berjaya dilaksanakan secara hibrid.
          Seramai 8 orang ahli tamat kelas ini telah selamat menduduki
          ujian. Pemarkahan telah dijalankan secara dalam talian oleh
          Pemberi Markah yang terdiri daripada jawatankuasa JKKU
          yang berada di Rawang, Selangor.                               USR Kelas Latihan Sydney






























         56  Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95