Page 92 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM | MAP52
P. 92

Pelatih Kelas Tunas Cekak di Kelas Latihan Shah Alam
          4.4 KELAS TUNAS (KANAK-KANAK &  AWAL REMAJA)
          PSSCM


          Selain pelajaran formal di sekolah, PSSCM telah mengorak
          langkah bagi membantu memberikan pendidikan  kepada
          kanak-kanak dan awal remaja melalui  budaya. Ini juga
          berperanan memupuk semangat jati diri dan cinta akan Silat
          Melayu khususnya Seni Silat Cekak Malaysia dan budaya
          Melayu seawal usia remaja.

          Selain latihan silat, pelatih tunas ini juga didedahkan dengan
          pelbagai  aktiviti contohnya  seperti senam silat, sukaneka,
          hari keluarga dan lawatan sambil belajar.

          Terdapat  26 buah  Kelas  Tunas  Cekak  sedang  berjalan
          secara fizikal. Jumlah keseluruhan Kelas Tunas Cekak bagi
          kategori kelas awam yang terkini ialah seramai 754 orang.

          •   Kanak-kanak (7-12 tahun) = 608 orang
          •   Awal Remaja (13-15 tahun) = 146 orang
                                                                   Latihan Asas Buah Pertama oleh pelatih
                                                                        Kelas Tunas Cekak (Rawang)

         58  Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97