Page 11 - [WEB] COFFEE TABLE A&P FARMASI 2021-2022
P. 11

Sekapur Sireh  5
                                                                                                  Pengarah Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi





                                                     Sekapur Sireh



                                         PENGARAH BAHAGIAN AMALAN & PERKEMBANGAN FARMASI




                      Assalamualaikum wbt. dan Salam Malaysia Madani,

                      Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, Bahagian Amalan &
                      Perkembangan Farmasi (BAPF) KKM telah berjaya menerbitkan buku Coffee Table BAPF 2021-2022
                      yang pertama di Bahagian ini. Buku ini merekodkan pelbagai aktiviti dan pencapaian yang berlaku
                      sepanjang tahun 2021 dan 2022. Aktiviti dan pencapaian ini adalah usaha berterusan  warga BAPF
                      ke arah pelaksanaan pelan tindakan dan pelan strategik Program Perkhidmatan Farmasi 2021-2025
                      yang menjadi peneraju utama bagi mencapai objektif BAPF iaitu:

                      •   Memastikan kebolehcapaian berterusan terhadap ubat-ubatan yang berkualiti, selamat dan kos
                          efektif.

                      •   Memperkukuh penggunaan ubat-ubatan secara berkualiti dan rasional ke arah kesihatan yang
                          lebih baik.
                      •   Meningkatkan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal selaras dengan piawaian dan amalan
                          terbaik.

                      Syabas dan tahniah kepada semua warga BAPF KKM dan juga semua anggota farmasi di fasiliti-
                      fasiliti KKM yang telah mencurahkan tenaga dan keringat serta usaha yang berterusan melalui
                      perkongsian tanggungjawab yang strategik dan penyampaian perkhidmatan amalan farmasi yang
                      terbaik dalam memastikan profesyen farmasi sentiasa di tahap yang tertinggi.

                      Ini  merupakan  penerbitan  khas  yang  mengumpulkan  bahan-bahan  dari  Januari  2021  hingga
                      Disember 2022 sahaja dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan saya di Bahagian ini. Buku
                      ini diterbitkan secara santai agar mudah meresapi para pembaca dengan paparan gambar dan
                      maklumat yang ringkas.

                      Adalah diharapkan agar penerbitan ini akan menjadi agenda tetap BAPF setiap tahun sebagai
                      rujukan dan penyampaian maklumat kepada pembaca.



                      Sekian, terima kasih.




                      YBrs. Puan Fuziah binti Abdul Rashid
                      Pengarah Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi
                      Kementerian Kesihatan Malaysia
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16