Page 9 - [WEB] COFFEE TABLE A&P FARMASI 2021-2022
P. 9

Sekapur Sireh  3
                                                                                                  Pengarah Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi














                                                     Sekapur Sireh




                                            PENGARAH KANAN PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI




                      Assalammualaikum wbt. dan Salam Malaysia Madani,

                      Saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Bahagian Amalan & Perkembangan
                      Farmasi (BAPF), KKM atas usaha dan dedikasi mereka untuk menerbitkan  Coffee Table BAPF
                      2021-2022 ini. Penerbitan sebegini merupakan dokumentasi penting sebagai bahan rujukan dan
                      pembacaan yang merakam pencapaian dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Bahagian
                      Amalan & Perkembangan Farmasi sepanjang tahun 2021 dan 2022.

                      Sebagai salah satu aktiviti utama di bawah Program Perkhidmatan Farmasi, Bahagian Amalan &
                      Perkembangan Farmasi bertanggungjawab memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-
                      ubatan yang berkualiti melalui amalan farmasi yang cemerlang demi menzahirkan peningkatan
                      kesihatan rakyat.  Komitmen yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai di fasiliti kesihatan KKM
                      seluruh  Malaysia  dalam  menggalas  tugas  dan  tanggungjawab  yang  telah  diamanahkan  sangat
                      dihargai agar perkembangan perkhidmatan farmasi di Malaysia setanding dengan negara-negara
                      maju.

                      Semoga usaha murni ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan seiring dengan keperluan
                      semasa rakyat dan negara bagi mencapai ke arah kesihatan yang lebih baik.




                      Sekian, terima kasih.




                      YBrs. Puan Norhaliza binti A. Halim
                      Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
                      Kementerian Kesihatan Malaysia
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14