Page 23 - SISIPAN, MINIT MESYUARAT, LAPORAN KEWANGAN PSSCM | MAP51
P. 23

LAPORAN BENDAHARI AGUNG


                        KEPADA AHLI-AHLI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM)







              Kami Jawatankuasa Kewangan PSSCM, khususnya saya Bendahari  Agung,
              mengucapkan ribuan terima kasih kepada YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah di atas
              kepercayaan dan segala nasihat yang diberikan dalam usaha kami mengurus kewangan
              dan menyediakan laporan kewangan PSSCM bagi tahun 2022.

              Penyediaan  Laporan  Kewangan  yang  berakhir  pada  31hb  Disember  2022  ini  telah
              disediakan  sebaik  mungkin  berdasarkan  semua  rekod  pendapatan dan  perbelanjaan
              dalam tempoh tersebut.    Bagi perbelanjaan  yang melebihi peruntukan pengurusan
              Bendahari  Agung, kebenaran  Yang Mulia Presiden,Setiausaha  Agung dan Mesyuarat
              Jawatankuasa Pusat telah pun diperoleh.

              Dalam usaha menyediakan  laporan  ini, nasihat dan pandangan  daripada  Ahli
              Jawatankuasa Pusat telah diambil kira.  Begitu juga dengan pandangan Juruaudit Pusat
              PSSCM yang telah menjalankan tugas dengan baik dalam memberi panduan dalam tadbir
              urus kewangan sewajarnya.


              Dengan ini kami membentangkan Laporan Kewangan tahun 2022 yang terdiri daripada Penyata Kedudukan Kewangan
              pada 31 Disember 2022, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, Penyata Perubahan Dalam Dana Terkumpul dan Penyata
              Aliran Tunai bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 untuk perhatian dan kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan PSSCM.

              Saya, Wan Mohd Adzhar bin Mohd Salim selaku pegawai yang dipertanggungjawabkan ke atas pengurusan kewangan
              PSSCM, dengan sesungguh dan seikhlasnya mengesahkan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir pada 31 Disember
              2022 dan nota-nota yang berkaitan adalah sebaik-baiknya pada pengetahuan dan kepercayaan saya menggambarkan
              yang benar dan saksama.







              Yang melaksanakan tanggungjawab,










               WAN MOHD ADZHAR BIN MOHD SALIM C.A(M)
               Bendahari Agung

              Tarikh   :  23 Mei 2023
















                                                                             Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-51 PSSCM  21
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28