Page 24 - SISIPAN, MINIT MESYUARAT, LAPORAN KEWANGAN PSSCM | MAP51
P. 24

LAPORAN JURUAUDIT
                    KEPADA AHLI-AHLI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM)





         Laporan Mengenai Penyata Kewangan

         Kami telah mengaudit  penyata  kewangan  PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM) yang merangkumi
         penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2022, penyata pendapatan dan perbelanjaan, penyata perubahan dalam
         dana terkumpul dan penyata aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut, serta satu ringkasan dasar perakaunan
         penting dan maklumat lain, seperti yang dibentangkan pada muka surat 23 hingga 31.




         Pada pendapat kami, penyata kewangan yang disediakan memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai
         kedudukan kewangan PSCCM pada 31 Disember 2022 dan prestasi kewangan dan aliran tunai untuk tahun kewangan
         berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan Piawaian Laporan Entiti Persendirian Malaysia.




         Pihak kami telah menjalankan  pengauditan  mengikut  piawaian perakaunan  yang diluluskan  di Malaysia.  Piawaian  ini
         mengkehendaki kami merancang dan melaksanakan kerja-kerja pengauditan bagi mendapatkan kepastian yang munasabah
         sama ada penyata kewangan ini bebas daripada kesilapan yang material.  Kerja-kerja pengauditan termasuk memeriksa
         dan menguji bukti-bukti yang menyokong amaun dan pendedahan di dalam penyata kewangan.  Pengauditan ini termasuk
         menilai prinsip-prinsip perakaunan yang diguna pakai dan persembahan penyata kewangan.  Kami percaya pengauditan
         kami memberi asas yang munasabah terhadap pendapat kami.




         Pada pendapat kami :




         a)      Penyata kewangan telah disediakan bersesuaian dengan piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia.




         b)      Rekod-rekod perakaunan dan lain-lain rekod telah disimpan dengan sempurna.




         Juruaudit I                                         Juruaudit II










         MAZLAN BIN ZOLKIFLI CA (M)                                 MALEK RIZAL BIN HIZAT

         Tarikh   :  23 Mei 2023












        22  Sisipan Minit Mesyuarat
   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29