Page 29 - SISIPAN, MINIT MESYUARAT, LAPORAN KEWANGAN PSSCM | MAP51
P. 29

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
                                    BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022




                   1.0           DASAR-DASAR PERAKAUNAN

                           1.1    Asas-asas Perakaunan

                           Penyata kewangan disediakan mengikut kelaziman kos sejarah dan bersesuaian dengan piawaian
                           perakaunan di Malaysia.

                           1.2    Hartanah, loji dan peralatan

                           Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada harga kos setelah ditolak susut nilai terkumpul. Kos aset terdiri
                           daripada harga belian dan kos langsung berkaitan pembawaan aset digunakan untuk tujuan boleh guna.
                           Belanja penambahan, peningkatan  dan  pembaharuan dimodalkan dan perbelanjaan penyelenggaraan
                           dan pembaikan dicaj ke dalam penyata pendapatan. Apabila aset dijual, kos dan susut nilai terkumpul
                           dipindahkan daripada penyata kewangan dan untung atau rugi daripada perlupusan termasuk dalam
                           penyata kewangan. Susut nilai dikira mengikut kaedah garis lurus menurut tempoh usia guna aset tersebut.
                           Kadar susut nilai yang digunakan adalah seperti berikut :-


                           Perkara                            %
                           Tanah & bangunan                  1-2
                           Kenderaan                          20
                           Peralatan Silat                    20
                           Peralatan elektrik                 20
                           Penghawa dingin                    20
                           Komputer & pencetak                20
                           Ubah suai                          20


                           1.3    Penghutang
                           Penghutang dinyatakan pada nilai dijangka. Hutang lapuk dihapus kira apabila dikenal pasti. Jangkaan
                           peruntukan hutang ragu adalah berasaskan jumlah tertunggak pada tarikh penyata kewangan.

                           1.4    Tunai dan kesetaraan tunai

                           Tunai dan kesetaraan tunai terdiri daripada tunai di bank, tunai di tangan dan deposit tetap. Tunai dan
                           kesetaraan tunai adalah jangka masa pendek dan mempunyai kecairan yang tinggi.

                           1.5    Pemiutang

                           Pemiutang dinyatakan pada kos dengan nilai yang berpatutan dibayar pada masa hadapan untuk barangan
                           dan perkhidmatan yang diterima.

                           1.6    Pengiktirafan hasil

                           Hasil daripada yuran ahli, sumbangan, faedah dan komisyen diiktiraf berasaskan asas tunai, manakala
                           pendapatan sewa menggunakan kaedah akruan.














                                                                             Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-51 PSSCM  27
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34