Page 34 - SISIPAN, MINIT MESYUARAT, LAPORAN KEWANGAN PSSCM | MAP51
P. 34

USUL JAWATANKUASA PUSAT

           KE MAP PSSCM KALI KE-51



           Jawatankuasa Pusat membawa dua (2) usul ke MAP PSSCM Kali Ke-51

           USUL PERTAMA :
           Mengusulkan untuk meminda Fasal 23 Perlembagaan PSSCM berhubung lambang Persatuan Seni Silat Cekak
           Malaysia dengan justifikasi berikut:

           JUSTIFIKASI PINDAAN:
           Pindaan melibatkan tambahan tulisan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia disekeliling lambang asal.


                            FASAL 23: BENDERA, LAMBANG, DAN LENCANA



           ASAL















           23.2   Pengertian lambang Silat Cekak seperti berikut:

           23.2.1  Bintang pecah dua puluh satu ertinya kaedah Seni Silat Cekak mempunyai 21 buah mata pelajaran untuk mempertahankan diri.
           23.2.2  Parang lading dua bilah bererti senjata rasmi Seni Silat Cekak yang merupakan senjata asli Silat Melayu yang khas digunakan
                 untuk mempertahankan diri.

           23.2.3  Sebilah keris yang bererti kedaulatan Raja-raja Melayu, bangsa serta negara Malaysia.

           23.2.4  Segemal padi yang bererti Seni Silat Cekak lahir dari masyarakat tani yang resmi hidupnya semakin berisi semakin tunduk.
           23.2.5  Tulisan Muhammad Ahmad bertimbal balik bererti tekanan asuhan rohani dan jasmani.

            PINDAAN TAMBAHAN






















           23.2.6     Tulisan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di dalam bulatan berwarna kuning mengelilingi keseluruhan
                          lambang membawa maksud Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia merupakan Pemilik Mutlak Seni Silat
                          Cekak.


        32  Sisipan Minit Mesyuarat
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39