Page 22 - SISIPAN MINIT MESYUARAT & LAPORAN KEWANGAN MAP52 PSSCM_Neat
P. 22

LAPORAN BENDAHARI AGUNG
                    KEPADA AHLI-AHLI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM)








          Kami, Jawatankuasa Kewangan PSSCM, khususnya saya Bendahari Agung, mengucapkan ribuan terima kasih kepada
          Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah di atas kepercayaan dan segala nasihat yang diberikan dalam usaha kami
          mengurus kewangan dan menyediakan laporan kewangan PSSCM bagi tahun 2023.

          Penyediaan Laporan Kewangan yang berakhir pada 31hb Disember 2023 ini telah disediakan sebaik mungkin berdasarkan
          semua rekod pendapatan  dan perbelanjaan  dalam tempoh tersebut.  Bagi perbelanjaan  yang melebihi  peruntukan
          pengurusan Bendahari Agung, kebenaran Yang Mulia Presiden dan Setiausaha Agung dan/atau Mesyuarat Jawatankuasa
          Pusat telah pun diperolehi.

          Dalam usaha menyediakan laporan ini, nasihat dan pandangan daripada Jawatankuasa Pusat telah diambil kira.  Begitu
          juga dengan pandangan Juruaudit Pusat PSSCM yang telah menjalankan tugas dengan baik dalam memberi panduan
          dalam tadbir urus kewangan sewajarnya.

          Dengan ini kami membentangkan Laporan Kewangan tahun 2023 yang terdiri daripada Penyata Kedudukan Kewangan
          pada 31 Disember 2023, Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan, Penyata Perubahan Dalam Dana Terkumpul dan Penyata
          Aliran Tunai bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 untuk perhatian dan kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan PSSCM.

          Saya, Wan Mohd Adzhar bin Mohd Salim selaku pegawai yang dipertanggungjawabkan ke atas pengurusan kewangan
          PSSCM, dengan sesungguh dan seikhlasnya mengesahkan Penyata Kewangan bagi tahun berakhir pada 31 Disember
          2023 dan nota-nota yang berkaitan adalah sebaik-baiknya pada pengetahuan dan kepercayaan saya menggambarkan
          yang benar dan saksama.
          Yang melaksanakan tanggungjawab,










          Wan Mohd Adzhar bin Mohd Salim C.A(M)
          Bendahari Agung

          Tarikh   :  16hb Mei 2024





























         20  Sisipan Minit Mesyuarat & Laporan Kewangan
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27