Page 23 - SISIPAN MINIT MESYUARAT & LAPORAN KEWANGAN MAP52 PSSCM_Neat
P. 23

LAPORAN JURUAUDIT
                        KEPADA AHLI-AHLI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM)








              Laporan Mengenai Penyata Kewangan

              Kami telah mengaudit  penyata  kewangan  PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA (PSSCM) yang merangkumi
              penyata kedudukan kewangan pada 31 Disember 2023, penyata pendapatan dan perbelanjaan, penyata perubahan dalam
              dana terkumpul dan penyata aliran tunai bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut, serta satu ringkasan dasar perakaunan
              penting dan maklumat lain, seperti yang dibentangkan pada muka surat 22 hingga 30.

              Pada pendapat kami, penyata kewangan yang disediakan memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai
              kedudukan kewangan PSCCM pada 31 Disember 2023 dan prestasi kewangan dan aliran tunai untuk tahun kewangan
              berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan Piawaian Laporan Entiti Persendirian Malaysia.

              Pihak kami telah menjalankan  pengauditan  mengikut  piawaian perakaunan  yang diluluskan  di Malaysia.  Piawaian  ini
              mengkehendaki kami merancang dan melaksanakan kerja-kerja pengauditan bagi mendapatkan kepastian yang munasabah
              samada penyata kewangan ini bebas daripada kesilapan yang material.  Kerja-kerja pengauditan termasuk memeriksa
              dan menguji bukti-bukti yang menyokong amaun dan pendedahan dalam penyata kewangan.  Pengauditan ini termasuk
              menilai prinsip-prinsip perakaunan yang digunapakai dan persembahan penyata kewangan.  Kami percaya pengauditan
              kami memberi asas yang munasabah terhadap pendapat kami.

              Pada pendapat kami :

              a)     Penyata kewangan telah disediakan bersesuaian dengan piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia.

              b)     Rekod-rekod perakaunan dan lain-lain rekod telah disimpan dengan sempurna.







              Juruaudit I                                        Juruaudit II





              MALEK RIZAL BIN HIZAT                                                    MAZLAN BIN ZOLKIFLI C.A(M)
              Tarikh   :  16hb Mei 2024



























                                                           Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-52 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia  21
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28