Page 28 - SISIPAN MINIT MESYUARAT & LAPORAN KEWANGAN MAP52 PSSCM_Neat
P. 28

NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
                                  BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2023





              1.0           DASAR-DASAR PERAKAUNAN

                      1.1    Asas-asas Perakaunan

                      Penyata kewangan disediakan mengikut kelaziman kos sejarah dan bersesuaian dengan piawaian
                      perakaunan di Malaysia.


                      1.2    Hartanah, loji dan peralatan

                       Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada harga kos setelah ditolak susutnilai terkumpul. Kos aset terdiri
                       daripada harga belian dan kos langsung berkaitan pembawaan aset digunakan untuk tujuan bolehguna.
                       Belanja penambahan, peningkatan  dan  pembaharuan dimodalkan dan perbelanjaan penyelenggaraan
                       dan pembaikan dicaj ke dalam penyata pendapatan. Apabila aset dijual, kos dan susutnilai terkumpul
                       dipindahkan daripada penyata kewangan dan untung atau rugi daripada perlupusan termasuk dalam
                       penyata kewangan. Susutnilai dikira mengikut kaedah garis lurus menurut tempoh usia guna aset tersebut.
                       Kadar susutnilai yang digunakan adalah seperti berikut :-


                       Perkara                           %
                       Tanah & bangunan                  1-2
                       Kenderaan                         20
                       Peralatan Silat                   20
                       Peralatan elektrik                20
                       Penghawa dingin                   20
                       Komputer & pencetak               20
                       Ubahsuai                          20


                      1.3    Penghutang
                      Penghutang  dinyatakan pada nilai dijangka. Hutang lapuk dihapuskira apabila  dikenalpasti.  Jangkaan
                      peruntukan hutang ragu adalah berasaskan jumlah tertunggak pada tarikh penyata kewangan.

                       1.4    Tunai dan kesetaraan tunai

                       Tunai dan kesetaraan tunai terdiri daripada tunai di bank, tunai di tangan dan deposit tetap. Tunai dan
                       kesetaraan tunai adalah jangkamasa pendek dan mempunyai kecairan yang tinggi.

                       1.5    Pemiutang

                       Pemiutang dinyatakan pada kos di mana nilai yang berpatutan dibayar pada masa hadapan untuk barangan
                       dan perkhidmatan yang diterima.

                       1.6    Pengiktirafan hasil

                       Hasil daripada yuran ahli, sumbangan, faedah dan komisyen diiktiraf berasaskan asas tunai, manakala
                       pendapatan sewa menggunakan kaedah akruan.












         26  Sisipan Minit Mesyuarat & Laporan Kewangan
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33