Page 103 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM
P. 103
7.3 PROGRAM TUNAS CEKAK PSSCM 7.4 LAPORAN AKTIVITI JABATAN SEPAJANG TAHUN
2023/2024
Perkataan ‘TUNAS’ telah dipilih bagi melambangkan murid-
sekolah rendah yang dianggap masih di peringkat awal 7.4.1 PROGRAM PENERANGAN DAN PERBINCANGAN
proses pembelajaran tetapi sesuai untuk mempelajari TENTANG MODUL DI SEKOLAH
ilmu Seni Silat Cekak Malaysia di peringkat asas. Perkara
ini telah mendapat perkenan dan restu daripada YM Pada 5 Ogos 2023 telah diadakan sesi perbincangan dengan
Guru Utama & Presiden PSSCM, Datuk Haji Maideen bin biro Pendidikan Negeri PSSCM secara dalam talian dengan
Kadir Shah. menggunakan aplikasi Google Meet. Program ini diadakan
dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi PSSCM di
JPS PSSCM memainkan peranan besar dalam menyediakan Bangunan Sentul. Seramai 31 orang wakil negeri termasuk
elemen yang bersesuaian untuk memastikan kelancaran AJK telah hadir.
PSSCM sebagai aktiviti luar kelas di sekolah. Elemen yang
disediakan oleh JPS PSSCM untuk menjayakan matlamat
ini antaranya menyediakan modul pembelajaran yang
bersesuaian dengan kehendak dan kriteria yang diperlukan
institusi yang terlibat. Di samping itu, JPS berperanan untuk
menyediakan kerja susulan yang bersesuaian bagi sekolah
baharu yang ingin mewujudkan Kelas Tunas Seni Silat
Cekak Malaysia (Tunas Cekak PSSCM).
7.3.1 MODUL PEMBELAJARAN
JPS PSSCM berperanan untuk menyediakan modul
pembelajaran bertahap yang bersesuaian dengan peringkat
umur di sekolah rendah bagi menjalankan Kelas Tunas
Seni Silat Cekak Malaysia (Tunas Cekak PSSCM). Namun
begitu, JPS juga bersedia untuk menyediakan beberapa
elemen lain yang diperlukan berdasarkan keperluan dan
keadaan semasa.
7.3.1.1 Modul yang disediakan JPS PSSCM
Setelah melalui beberapa fasa perbincangan dengan YM
Guru Utama dan AJK Pusat, 3 Modul dikenal pasti bagi
diguna pakai di peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah. Sekolah di Lembah Kelang dan negeri boleh
menggunakan modul yang dicadangkan atau mengikut
kesesuaian sekolah.
Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke-52 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia 69