Page 104 - LAPORAN TAHUNAN 2023 PSSCM
P. 104
7.4.2 KURSUS PENGURUSAN & PEMANTAPAN
PROGRAM TUNAS CEKAK PSSCM
Pada 4 Mei 2024 bersamaan hari Sabtu telah diadakan
Kursus Pengurusan & Pemantapan Program Tunas
Cekak Peringkat Kebangsaan 2024 bertempat di Dewan
Auditorium, Fakulti Perubatan Sains Kegunaan (FPSK)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Program ini ialah
kerjasama antara Jabatan Pendidikan Sekolah dengan
kelas latihan PSSCM USIM. Pujian harus diberikan kepada
pelajar-pelajar PSSCM USIM kerana berani menggalas
tugas sebagai tuan rumah kepada program yang bertaraf
kebangsaan ini.
Seramai 200 orang ahli PSSCM dari seluruh negara telah
hadir menyertai kursus ini demi merealisasikan hasrat
YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama &
Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia untuk Seni
Silat Cekak Malaysia terus berkembang ke seluruh negara
melalui program Tunas Cekak yang memfokuskan kepada
kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun dengan silibus
yang bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara.
Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Dr.
Zulkifli bin Hasan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir di program ini
ialah YM Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah dan juga
YBhg. Profesor Dato’ Dr. Adnan Mohamed Yusoff Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Sains Islam
Malaysia.
Majlis perasmian turut diserikan dengan persembahan demo
Tunas Cekak daripada anak-anak kelas Ubudiyah Islamic
School, Bandar Baru Bangi dan kelas latihan Putrajaya yang
mendapat tepukan gemuruh daripada semua yang hadir.
70 Laporan Tahunan 2023 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia