Page 103 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 103
10.9.3 Calon yang mempunyai suhu badan 37.5°C dan ke
bawah serta tidak bergejala dibenarkan masuk ke
dewan/bilik peperiksaan.
10.9.4 Calon yang mempunyai suhu badan melebihi
37.5°C tidak dibenarkan masuk ke kawasan
sekolah dan hendaklah mendapatkan rawatan di
klinik/hospital untuk mendapatkan surat/dokumen
pengesahan tahap kesihatan diri. Sekiranya
pengesahan perubatan mendapati bahawa:
a. Calon sakit dan disahkan boleh menduduki
peperiksaan. Calon dibenarkan untuk
menduduki peperiksaan di pusat peperiksaan
atau klinik/hospital yang dibenarkan;
b. Calon sakit dan disahkan perlu menjalani
kuarantin/menerima rawatan lanjut. Calon tidak
dibenarkan menduduki peperiksaan. Calon
hendaklah menyerahkan surat/dokumen
pengesahan tahap kesihatan diri/arahan
kuarantin kepada pihak sekolah bagi proses
permohonan menduduki kertas peperiksaan
yang dijadualkan semula; dan
c. Sekiranya tempoh mendapatkan rawatan di
klinik/hospital telah melewati tempoh
menjawab bagi sesuatu kertas peperiksaan,
calon akan dipertimbangkan untuk menduduki
peperiksaan pada hari yang sama atau
dibenarkan menduduki kertas peperiksaan
yang dijadualkan semula.
97