Page 99 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 99

separuh  muka  dan  sarung  tangan  pakai  buang

                                          semasa  menguruskan  calon  di  bilik  peperiksaan

                                          khas dan mensanitasi tangan selepas bertugas.

                                10.4.4  Petugas  Peperiksaan  hendaklah  memakai  pelitup

                                          separuh muka, pelindung muka, sarung tangan dan

                                          apron pakai buang semasa menguruskan calon di

                                          bilik  isolasi  dan  mensanitasi  tangan  selepas

                                          bertugas.





                       10.5  Pengurusan Pengemas Bilik



                                Pengemas Bilik hendaklah memakai pelitup separuh muka,

                                sarung tangan dan apron pakai buang semasa menjalankan

                                proses  sanitasi  semua  dewan/bilik  peperiksaan  yang

                                menempatkan calon yang disahkan positif COVID-19.





                       10.6  Pengurusan Calon Di Pusat Peperiksaan



                                Petugas  Peperiksaan  hendaklah  mengingatkan  calon

                                supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang

                                dikeluarkan  oleh  MKN,  KKM  dan  KPM  dari  semasa  ke

                                semasa:



                                10.6.1  Calon  mesti  mematuhi  penjarakan  fizikal  dan

                                          memakai pelitup separuh muka pada setiap masa;

                                10.6.2  Calon mesti mencuci tangan dengan air dan sabun

                                          atau       pensanitasi       tangan       selepas        tamat

                                          peperiksaan;

                                                           93
   94   95   96   97   98   99   100   101   102   103   104