Page 96 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 96
10.2 Pengurusan Pentaksiran Pusat
10.2.1 Jadual waktu disusun mengikut kesesuaian
berdasarkan takwim peperiksaan yang dikeluarkan
oleh KPM.
10.2.2 Pentaksiran pusat dirancang berdasarkan
kesediaan murid/pelajar untuk ditaksir dalam
tempoh yang ditetapkan.
10.2.3 Guru perlu menjadualkan semula pentaksiran bagi
murid/pelajar yang bergejala dan positif COVID-19.
10.3 Pengurusan Peperiksaan Awam
10.3.1 Pengarah Pendidikan Negeri sebagai Pengurus
Peperiksaan di peringkat negeri hendaklah
mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan
Peperiksaan Bersama Jabatan Kesihatan Negeri
(JKN) serta Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) bagi
memastikan pengurusan kes-kes berkaitan dengan
COVID-19 dapat diuruskan dengan teratur dan
segera.
10.3.2 Pegawai Penghubung di setiap PKD hendaklah
dijadikan sumber rujukan utama di peringkat
daerah dalam pengurusan kes berkaitan
COVID-19.
10.3.3 Senarai maklumat penting tentang Penyelia
90