Page 91 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 91
disediakan dan dipersetujui bersama oleh pihak
industri, sekolah dan murid/pelajar dengan
mencapai hasil pembelajaran latihan yang
ditetapkan.
9.4.7 Pihak industri boleh membekalkan/memberi pinjam
kelengkapan untuk digunakan oleh murid/pelajar
bagi melaksanakan OJTFH seperti mesin/peralatan
tangan/bahan amali/membekalkan talian Internet/
sistem/aplikasi dan lain-lain mengikut keperluan
dan kesesuaian amalan di industri.
9.4.8 Pihak industri perlu memaklumkan kepada ibu
bapa/penjaga dan pentadbir sekolah/ILKS/PKD
sekiranya murid/pelajar bergejala semasa
menjalani latihan. Murid/pelajar perlu dibawa
mendapatkan rawatan segera dengan mengambil
langkah pencegahan jangkitan. Pembuktian
maklumat dan dokumen kesihatan murid/pelajar
perlu diserahkan kepada pihak pentadbir.
9.4.9 Sekiranya murid/pelajar terlibat dalam bencana lain
seperti banjir, kebakaran dan lain-lain, pembuktian
maklumat kepada pentadbir/pensyarah juga
diperlukan melalui medium/kaedah yang sesuai.
9.4.10 Semua pihak perlu mematuhi SOP yang telah
ditetapkan oleh MKN, KKM, KPM, Jabatan
Pembangunan Kemahiran (JPK), MQA, Malaysian
Board of Technology (MBOT) dan agensi yang
berkaitan dari semasa ke semasa.
85