Page 90 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 90
9.4 Latihan Amali di Industri
9.4.1 Latihan sangkutan industri dan OJT dibenarkan.
9.4.2 Murid/pelajar yang bergejala dan mendapat
pengesahan daripada PKD tidak dibenarkan
menjalani latihan.
9.4.3 Latihan di industri boleh dilaksanakan secara hadir
fizikal dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh
industri atau secara fleksibel dengan menggunakan
medium/kaedah yang sesuai dengan keperluan
latihan seperti latihan dari rumah (OJT From
Home).
9.4.4 Sekiranya organisasi latihan mewajibkan laporan
kesihatan disertakan sebagai syarat untuk diterima
sebagai pelatih, murid/pelajar boleh memilih untuk
meneruskan permohonan di organisasi latihan
tersebut dengan menanggung sendiri kos
pemeriksaan kesihatan; atau memohon untuk ke
organisasi latihan lain.
9.4.5 Taklimat perlu diberikan kepada semua
murid/pelajar yang akan menjalani latihan di
industri. Taklimat boleh dilaksanakan secara dalam
talian/video rakaman atau mekanisme yang
difikirkan wajar bersama-sama guru/pensyarah,
murid/pelajar, pihak industri dan ibu bapa/penjaga.
9.4.6 Jadual kerja yang lebih fleksibel seperti
memendekkan masa bekerja/bekerja secara
penggiliran/OJTFH dan seumpamanya hendaklah
84