Page 93 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 93
c. Penggunaan sarung tangan diwajibkan untuk
rawatan urutan;
d. Sarung tangan pakai buang digunakan untuk
satu (1) sesi urutan sahaja;
e. Membasuh tangan sebelum, semasa dan
selepas sesi amali; dan
f. Mengurangkan komunikasi semasa sesi
amali.
9.5.3 Selepas Aktiviti
a. Pelindung muka (face shield) perlu
dibersihkan dan disanitasi selepas digunakan;
b. Pelupusan disposable sheets, shower cap,
pelitup separuh muka, pelindung muka (face
shield) dan sarung tangan dibuang ke dalam
tong sampah bertutup selepas digunakan;
c. Kain/tuala yang digunakan perlu dilipat
dengan kemas tanpa dikibas dan disimpan di
dalam bekas bertutup sebelum dicuci;
d. Penggunaan bantal tidak digalakkan.
Sekiranya perlu digunakan, sarung bantal
wajib ditukar setelah tamat sesi amali dan
disimpan di dalam bekas bertutup sebelum
dicuci; dan
e. Semua lokar (locker) bengkel wajib
dibersihkan, disanitasi dan dilabel ‘TELAH
DISANITASI’ selepas digunakan.
87