Page 88 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 88
yang dibenarkan oleh KPM; dan
b. luar bilik PdP seperti kolam ikan, tapak
semaian, kawasan ternakan, ladang tanaman
dan lokasi lain yang dibenarkan oleh KPM
dengan mengelakkan kawasan yang sesak
dan sempit.
9.2.6 Aktiviti lawatan industri tidak dibenarkan.
9.2.7 Pemantauan OJT dan latihan sangkutan industri
dilaksanakan dengan mematuhi semua SOP yang
ditetapkan oleh MKN dan KKM dari semasa ke
semasa.
9.3 Pelaksanaan PdP Amali
9.3.1 Sebelum Aktiviti
a. Menyediakan pelan susun atur dengan
mengoptimumkan penggunaan bengkel/
ruang/ ladang/stor dan tempat amali (working
area) lain yang bersesuaian;
b. Memastikan tempat dan peralatan amali telah
dibersihkan serta selamat untuk digunakan;
c. Memastikan murid/pelajar mencuci tangan
atau menggunakan pensanitasi tangan
sebelum memulakan dan selepas selesai
aktiviti amali; dan
d. Menyediakan jadual tugas mengemas dan
menyusun atur stor dengan mengambil kira
penjarakan fizikal, kebersihan dan
keselamatan.
82