Page 92 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 92
9.5 Latihan Amali Urut
Perkara-perkara berikut perlu dipatuhi bagi pelaksanaan
latihan amali urut:
9.5.1 Sebelum Aktiviti
a. Murid/pelajar dan guru perlu mengimbas suhu
badan dan menjalankan saringan gejala;
b. Murid/pelajar dan guru yang bergejala dan
mempunyai suhu badan melebihi 37.5°C tidak
dibenarkan memasuki bengkel dan perlu
mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan
yang berhampiran;
c. Katil urut/kerusi urut dijarak dua (2) meter dan
perlu dilapik dengan fabrik/plastik, tuala dan
kain yang perlu ditukar ganti dan disanitasi
bagi setiap sesi amali;
d. Menyediakan pelitup separuh muka,
pelindung muka (face shield), sarung tangan
dan pensanitasi tangan untuk murid/pelajar;
dan
e. Menyediakan tempat mencuci tangan dan
sabun di bengkel.
9.5.2 Semasa Aktiviti
a. Tempoh masa untuk setiap sesi amali tidak
melebihi satu (1) jam;
b. Pemakaian pelitup separuh muka dan
pelindung muka (face shield) diwajibkan
semasa rawatan;
86