Page 110 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 110
maklumat mengenai kuarantin berserta
dokumen berkaitan.
b. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan
bagi kertas peperiksaan yang masih
berlangsung selepas tempoh kuarantin dan
disahkan sihat.
c. Sekiranya tempoh peperiksaan telah tamat,
calon dibenarkan menduduki kertas
peperiksaan yang dijadualkan semula.
10.12.2 Semasa Tempoh Peperiksaan
a. Bagi calon yang disahkan positif COVID-19,
tindakan adalah seperti yang berikut:
i. Calon Sekolah:
Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah
menghubungi pihak sekolah.
ii. Calon Persendirian:
Calon/ibu bapa/penjaga hendaklah
menghubungi pihak SPP, JPN tempat
calon mendaftar.
b. Pihak sekolah hendaklah memaklumkan
dengan kadar segera status calon sekolah
yang disahkan positif COVID-19 kepada JPN.
c. Calon dibenarkan menduduki peperiksaan
bagi kertas peperiksaan yang masih
berlangsung selepas tempoh kuarantin dan
disahkan sihat.
d. Sekiranya tempoh peperiksaan telah tamat,
calon dibenarkan menduduki kertas
peperiksaan yang dijadualkan semula.
104