Page 114 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 114
11. Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk
Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
11.1 Pendahuluan
11.1.1 Panduan Pelaksanaan Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia
(SEGAK) ini disediakan sebagai rujukan dan
panduan kepada pentadbir serta guru di sekolah
rendah dan menengah di bawah KPM untuk
melaksanakan ujian SEGAK.
11.1.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan
Malaysia Bilangan 2 Tahun 2016 Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid
Sekolah Malaysia (SEGAK), surat siaran dan
arahan serta peraturan berkaitan yang dikeluarkan
oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.
11.2 Peranan dan Tanggungjawab
Peranan dan tanggungjawab umum pihak yang terlibat
adalah seperti berikut:
11.2.1 Pentadbir Sekolah
a. memaklumkan kepada guru bahawa ujian
SEGAK dibenarkan dengan mengambil kira
penjarakan fizikal, kebersihan dan
keselamatan;
108