Page 54 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 54
4. Pengurusan Prasekolah
4.1 Pendahuluan
Panduan pengurusan prasekolah ini disediakan sebagai
sumber rujukan kepada agensi yang menjalankan pendidikan
prasekolah/tabika/tadika. Agensi ini melibatkan KPM, Jabatan
Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) serta tadika swasta
yang berdaftar dengan KPM.
4.2 Pengoperasian Prasekolah
4.2.1 Tempoh masa operasi adalah seperti yang
ditetapkan dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (Semakan 2017) (KSPK). Susun atur
kelas perlu mengambil kira penjarakan fizikal,
kebersihan dan keselamatan murid.
4.2.2 Ibu bapa/penjaga digalakkan untuk menghantar
anak mereka ke prasekolah/tabika/tadika bagi
memastikan murid dapat menguasai pengetahuan
dan kemahiran asas sebagai persediaan untuk
pembelajaran seterusnya.
4.2.3 Guru dan Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
hendaklah memakai pelitup separuh muka semasa
bersama-sama dengan murid.
4.2.4 Ibu bapa/penjaga perlu mengambil tindakan seperti
yang berikut:
48