Page 49 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 49
mematuhi arahan penjarakan fizikal yang
ditetapkan.
3.10.5 Penggunaan ruang makan bergantung kepada
kapasiti ruang dengan mengambil kira penjarakan
fizikal. Murid/pelajar perlu segera beredar setelah
selesai makan.
3.11 Pergerakan Tenaga Pengajar dan Kakitangan
Tenaga pengajar dan kakitangan hendaklah mendaftar
masuk melalui aplikasi MySejahtera setiap kali memasuki
premis IPS.
3.12 Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Jawatankuasa bertanggungjawab memastikan:
3.12.1 perancangan PdP:
a. pembelajaran melalui platform yang
bersesuaian seperti e-pembelajaran
(e-learning) atau pembelajaran maya (virtual
learning) diteruskan; dan
b. guru perlu merancang dan melaksanakan
aktiviti PdP yang akur kepada keperluan
penjarakan fizikal.
3.12.2 kelengkapan dan peralatan PdP:
a. memastikan semua kelengkapan dan
43