Page 48 - Garis Panduan Pengurusan dan Pengeoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0
P. 48
c. memaklumkan kepada ahli keluarga keadaan
murid/pelajar, warga atau pekerja sekolah
tersebut.
3.9 Penutupan Institusi Pendidikan Bagi Kes Positif
COVID-19
3.9.1 Penutupan institusi pendidikan bagi tujuan
pembasmian kuman dan pengesanan kontak rapat
atas nasihat KKM; dan
3.9.2 Murid/pelajar dibenarkan pulang atau boleh berada
di asrama institusi pendidikan atas nasihat KKM.
3.10 Pergerakan Murid/Pelajar
3.10.1 Murid/pelajar hendaklah mendaftar masuk melalui
aplikasi MySejahtera atau sistem yang ditetapkan
oleh pihak IPS setiap kali memasuki premis IPS.
3.10.2 Murid/pelajar hanya dibenarkan masuk ke bilik
darjah yang ditetapkan sahaja dan tidak dibenarkan
bergerak ke bilik darjah lain tanpa kebenaran
Pengurus IPS.
3.10.3 Pengurus IPS hendaklah meminimumkan laluan
masuk dan keluar premis bagi memastikan kawalan
pergerakan terarah yang lebih berkesan.
3.10.4 Pengurus IPS hendaklah memastikan pergerakan
dan kedudukan murid/pelajar di ruang makan
42